August 10, 2011

Misi Pertama

Alhamdulillah, pada August 8th 2011 bersamaan 8 Ramadhan, aku telah pon memulakan tugasku sbg Assistant Printing Superitendant di Kian Joo Can Factory Berhad (KJCF) di Batu Caves. Berkat doa dan usaha yang tak putus akhirnya membuahkan hasil dan membawa aku ke misi pertama. Kerja ini mungkin sedikit memenatkan tapi tidak mengapa buat masa sekarang yang masih muda dan banyak tenaga. Bagi masa juga dah semakin limit bila mana sesi kerja 12 jam sehari bermula, Insyaallah minggu depan. Aku harap, aku dapat cekal dan tabah mengharungi kehidupan yang baru ini. Terima kasih kepada rakan-rakanku; Ammar dan Shahrudin dan juga abg Jamal dan abg Mail yg byk membantu aku untuk masuk ke syarikat ini. Pengalaman ini amat penting dan berharga untuk misi akan datang.

0 testimonial:

Post a Comment