Pertama sekali, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya rezeki aku datang melimpah ruah semenjak kedatangan bulan Ramadhan ini dan baru nak masuk hari keempat puasa masa aku menaip post ni. Ok, ceritanya bermula begini, hari kedua puasa, aku terima panggilan dari sebuah syarikat di Batu Caves yang memberitahu aku diterima untuk bekerja dan segala maklumat seperti gaji, jawatan telah pun dinyatakan dan aku diminta hadir untuk medical check up. Dengan penuh kesyukuran aku tersenyum sebab sudah 2 bulan aku tonggang terbalik kat rumah ni. Keesokannya, aku dikejutkan sekali lagi dengan panggilan telefon kira-kira jam 3 oleh sebuah syarikat di Glenmarie yang meminta aku untuk hadir temuduga dan meminta aku menetapkan tarikh yang sesuai. DANG! Secara tiba-tiba aku tersentak dengan DUA peluang pekerjaan yang terhidang. Dan aku mengalami situasi yang sangat keliru kerana syarikat pertama yang aku nyatakan tadi merupakan sebuah syarikat yang besar dan kukuh serta kelebihan di sana aku mempunyai 2 org rakan sekelas di universiti dulu. Dan syarikat kedua adalah merupakan syarikat aku memohon melalui online dan juga merupakan syarikat antarabangsa yang tumpuan produksinya sesuai dengan keinginan dan misi aku. Di sini lah timbul kekeliruan yang amat. Dan di sini aku belajar berfikir secara tidak melulu dan bagaimana supaya aku tidak melepaskan kedua-duanya dalam satu masa. Allah itu menguji hambaNya dan tidak sesekali Dia menganiaya hambaNya. Walaupun keliru namun aku masih tenang dan menerima pendapat daripada famili dan rakan-rakan. Jika hendak membuat keputusan secara melulu sendirian, aku tak mampu kerana aku ini hanya insan biasa dan serba kekurangan. Bersyukur kerana positifnya komuniti disekeliling aku. Alhamdulillah. Insyaallah, dengan izin Allah aku akan temui sumber rezeki aku saban hari walaupun terkeliru dengan pilihan. Sekarang ini, apa yang patut dilakukan hanyalah berdoa dan buat apa yang perlu.
Dan satu hal lagi berlaku di bulan yang penuh berkat ini, Allah menguji tahap kesabaran aku. Berkenaan dengan kes aku bersama seorang individu beberapa tahun lepas. Selama aku di kampung halaman, menjelang bulan Ramadhan barulah aku terserempak dengan mamat ni. Seperti aku katakan tadi Allah menguji kesabaran aku supaya tidak bertindak diluar kawalan walaupun ada sedikit perasaan marah dan dendam. Dengan tiadanya hasutan, aku menghormati bulan Ramadhan ini dengan hanya membiarkan saja individu tersebut. Mungkin jika di bulan yang lain aku akan melenting kerana kita lebih tahu siapa diri kita. Satu lagi pembelajaran yang sangat bermakna buat aku iaitu BERSABAR. Alhamdulillah.
Inilah nikmatnya bulan Ramadhan, kita boleh belajar banyak perkara yang selalu kita abaikan jika kita menikmati sepenuhnya bulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Bukanlah nak cakap aku ni baik atau berlagak. Cuma nak berkongsi pengalaman yang selama ini aku tak penah rasa dalam keadaan setenang ini. Kita semakin dewasa, fikiran pun mestilah semakin matang. :)
oi sahabat..camat berpuase..ko jgn nak ponteng pose dahla..haha..~
ReplyDeletehaha..Selamat Berpuasa juga! :)
ReplyDelete