May 23, 2012

Just watched, tersentuh..nuff said~


Aku nak highlight kata-kata Ustaz pada penghujung video ini;

"Sedangkan di Malaysia, 70% adalah Islam, hanya 30% bukan Islam. Kenapa 70% ini tidak boleh memainkan peranan langsung. Takkan lah seumur hidup kita sebagai seorang Islam tidak boleh takecare, ambil berat untuk satu orang sahaja".

Ia bagaikan satu tamparan tepat kepada kita semua umat Islam di Malaysia. Tak hairan lah ramai yang murtad. Aku bukanlah nak menghukum dan menyalahkan sesetengah pihak tapi secara umumnya, apa yang kita nampak kelemahan kita sebagai umat Islam berpunca daripada kita sendiri. Wallahualam.

May 22, 2012

Bila terlepas cakap..

Pendahuluan: Aku ada seorang teman, perempuan yang agak cantik tetapi agak kasar dan "easy going". Berkenalan sejak aku sekolah rendah. Sejak aku rapat dengan kakak dia, kami dah macam adik-beradik angkat walaupun pernah terputus hubungan agak lama sebab dia pindah sekolah. Dia juga pernah membuat kejutan dengan menghadiri saat penting aku sewaktu sisa terakhir aku diploma.

Situasi: Bermula di sebuah laman sosial, aku ada berbicara tentangnya dengan seseorang. Tanpa disedari, perbualan itu dapat dihidu dan aku tak mempunyai sebarang niat utk menyakiti hati sesiapa apatah lagi teman yang dah macam famili aku sendiri.

Permasalahan: Mungkin timbul salah faham atau sangkaan negatif terhadap keterangan aku sekalipun telah aku nyatakan di dalam pesanan ringkas. 

Persoalan: Sampai bila kau nak marah aku? Bila kau nak bagi aku peluang jadi teman kau seperti sebelum ni?

Pengajaran: Jangan terlalu ghairah dalam berbual sehingga lupa menjaga hati orang lain. Bukan mudah utk mengambil hati kawan-kawan yang telah dihancurkan. Jangan kerana mulut persahabatan binasa.

Harapan: Tolonglah RESPON. Aku tak nak banyak pon, as long as kita jadi macam dulu, kutuk mengutuk, gurau kasar bagai, jadilah. Aku tak sedap lah, kau tak ada respon walaupun kau maafkan aku. Aku tak pandai nak merayu-rayu atau bagi "ayat power". Bukan aku lah kalau macam tu.

Dah habis.

May 14, 2012

Runsing

Ia satu peluang keemasan, namun juga satu benda yang terikat dan tersekat; apatah lagi tersasar dari landasan. Sudah ternyata aturanNya, setiap yang dirancang banyak halangannya. Hidup ini banyak perlu difikirkan, ndak kiralah diri sendiri atau orang lain.